Tema 2

 TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
UNIT 3 : KEPERLUAN BERKELUARGA


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini,murid dapat:
      - Menghuraikan keperluan berkeluarga.
      - Menjelaskan peranan badan kerajaan dan bukan 

         kerajaan yang berkaitan dengan institusi 
         kekeluargaan. 
      - Berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan.
      - Menjalinkan hubungan erat antara anggota keluarga.
      - Menghargai institusi kekeluargaan.



1)  Keluarga didefinisikan sebagai satu unit yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang disatukan melalui ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama,adat resam dan undang-undang.

2)  Selain suami isteri,unit keluarga turut merangkumi anak yang lahir malalui perkahwinan tersebut dan menjadi permulaan kepada pembentukan keluarga yang lebih besar sebagai penyambung generasi sebelumnya.

3)  Keperluan keluarga terbahagi kepada tiga aspek iaitu:-
     SOSIAL
     - Melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan.
     - Memenuhi tuntutan agama.
     - Mengelakkan perlakuan zina antara dua orang anggota dalam
       sesebuah keluarga.

     POLITIK
    -  Menyediakan pemimpin pelapis yang akan mewarisi
       pentadbiran negara. 
    - Menyediakan anggota tentera untuk mengekalkan keamanan
      dan kestabilan negara.

     EKONOMI
     - Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan pembangunan
       negara.
     - Menyediakan pengguna untuk menggalakkan perkembangan
       ekonomi melalui urusan jual beli. 

4)  Antara Badan - badan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan :


 






IMBAS KEMBALI 

1.Maksud Keluarga
- Satu unit kecil yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang dihubungkan dengan 
  ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama,adat resam,dan undang-undang.

 2.Keperluan Berkeluarga dalam Aspek:-

      SOSIAL
  • Menurut tuntutan agama.
  • Mengembangkan zuriat bagi menyambung generasi dan bagi menyahut dasar kependudukan negara.
  • Mententeramkan emosi dan sosial anggota keluarga.
  • Mengelakkan maksiat.
       POLITIK
  • Menyediakan pemimpin pelapis yang akan mewarisi pentadbiran negara.
  • Mempertahankan kestabilan dan kedaulatan negara melalui sistem pertahanan yang jitu.
      EKONOMI
  • Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan pembangunan negara.
  • Menggalakkan perkembangan ekonomi melalui urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna.










No comments:

Post a Comment